Tuesday, 14 June 2011

INFO PENDIDIKAN KHAS SMK ADE PUTRA

PIAGAM PELANGGAN
 PENDIDIKAN KHAS

Bahawa kami warga SMK Ade Putra berjanji akan menumpukan usaha kami untuk :
Pelajar :
*     Memastikan pelajar menerima pengajaran dan pembelajaran   
     mengikut masa yang diperuntukkan.
*     Memastikan pelajar mendapat layanan adil.
*     Memastikan pelajar mendapat peluang menyertai aktiviti
 kokurikulum.
*     Memastikan pelajar merasa selesa, seronok dan selamat.

Staf :
*     Setiap staf sekolah menerima latihan dalaman dalam bidang
 masing-masing sekurang-kurangnya sekali setahun.
*     Memastikan sebarang masalah / kesulitan yang dihadapi oleh setiap staf akan diambil tindakan segera tidak lebih dari 3 hari.

Ibubapa / Penjaga :
*     Memastikan ibubapa / penjaga yang berurusan dengan kami
 dilayan dengan mesra, cepat dan memuaskan hati.
*     Memastikan segala aduan daripada ibubapa / penjaga akan
 mendapat perhatian dan tindakan segera.
*     Memastikan laporan kemajuan akademik pelajar diberikan 3
 minggu selepas peperiksaan.

KPM / JPN / PPD :
*     Memastikan surat daripada KPM/JPN/PPD atau laporan yang diminta / dijawab dihantar sebelum / mengikut masa yang ditetapkan.

Sebarang aduan dan pertanyaan sila hubungi :
Pejabat : Tel/Fax : 06-3841200